top of page

KEPUTUSAN RASMI SUKAN ZON PENANGAH 2012

Updated: Aug 3, 2024


Selepas berlagsungnya Majlis Sukan Zon Penangah 2012 yang secara rasaminya telah dirasmi tutup pada 26 September 2012, SK Mengkawago berjaya mrampas takhta Johan Sukan Zon penangah pada kali ini di mana kejohanan sebelum ini telah dijuarai oleh SK.Masaum,Sk.Penangah hanya meraih tempat kedua sementara Sk.Masaum mendapat tempat ke 3. Pada Kejohanan sukan tahun ini, telah menyaksikan kesemua sekolah zon penangah telah mengambil bahagian dimana buat pertama kalinya sk.Inarad telah menghantar kontijen sukan mereka ke MSSM kali ini dan berjaya meraih sekurang-kurangnya 1 pingat. Sk.Tampasak pula hanya sekadar berada di tempat ke lima tetapi pada dasarnya telah memperbaiki pencapaian tahun sebelum ini dimana pada tahun 2011, Sk Tampasak hanya memperolehi 1 pingat gangsa secara keseluruhan dan pada tahun ini berjaya mendapat 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Sementara, untuk pertandingan perbarisan pula, Sk Tampasak hanya meraih tempat kedua selepas kalah tipis 0.02point kepada Juara bertahan SK.Mengkawago. Secara rasminya, SK Mengkawago Johan (94.60), SK Tampasak Naib Juara (94.02), dan SK Saguon Ketiga (91.00). Olahragawan dianugerahkan kepada atlet dari sk Penangah sementara Olahragawati disandang oleh sk.Mengkawago. Apa-apapun, syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Semoga berjaya pada peringkat seterusnya kelak. Majulah sukan untuk Zon Penangah.

PYA.Admin SK Tampasak.

Comments


©2024 by SK TAMPASAK.

WhatsApp: 0198339914 (GB)  |  01125292069 (PK1)  |  01131535853 (PK HEM)  |   0192894219 (PK KOKUM)

Jika terdapat sebarang soalan / cadangan / penambahbaikan, sila berhubung dengan PK1

bottom of page